Nurin Aireen. 96's.
Kpopper| Forteenager
Hi! Thank you for coming!
Visit my twin here
Copycats are PROHIBITED

Status
aku malas update blog kbye


CHIT CHAT







Followers





Hot Issues

Shoot Copycat! Entry tak keluar kat dashboard? *spazzing mode* Oh My Bias List! Hati-hati masa korek telinga! Blogger Penipu?Tutorial: Clear Cache and CookiesHey Anon!Bahaya Aiscoming soon




Memories

  • Senarai peserta comel Giveaway "I Love Peplum" by ...
  • Sahabat, Saya Rindu Awak :(
  • Bahaya Ais
  • Tutorial Photoshop : Letak Signature di Bawah Seti...
  • Tutorial : Letak Signature di Bawah Setiap Post
  • Rezeki Dah Sampai ^^ #2
  • Rezeki Dah Sampai ^^
  • Gosip : Elfira Loy Bercinta Dengan Baim Wong?
  • Tutorial : Background Belakang Body {Simple Templa...
  • Berubah Ke Arah Yang Lebih Baik




  • Credits
    © HNIE 2013 - The template was made by Hanie and edited by Nurin Aireen. Slider codes from nivo. Thanks to pixel-diary for the pixels and icons. Best view in Google Chrome


    Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan =)
    WRITTEN BY NURIN AIREEN ON 9 July 2013 { 2 love note(s) }



    Assalamualaikum. Masih belum terlambat kan untuk Nurin ucapkan selamat berpuasa buat kawan-kawan Islam semua? =) Tak sabar rasanya nak bangun sahur kejap lagi. Selamat berpuasa kepada semua kawan yang mengenali diri ini mahupun yang tidak mengenali diri ini ataupun yang mengenali secara diam-diam. Hehe. Semoga puasa tahun ni lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Kalau boleh tu, kasi penuh sebulan.

    Malam ni Nurin rasa sebak sangat. Tadi Nurin text mama Nurin untuk ucapkan selamat berpuasa. Sampai je ayat ketiga, air mata Nurin tiba-tiba mengalir.

    Ma, selamat berpuasa esok. Semoga Ramadhan kali ni lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Walaupun kita tak dapat berpuasa sekali, sahur sekali, berbuka sekali, doa Awin selalu bersama mama. Jaga diri bebaik. Jangan kerja teruk2 sangat. Sekali lagi, selamat berpuasa :D

    Sedih lah mama tiba2. Selamat berpuasa. Allah Taala tahu apa yang berlaku mungkin ada hikmah di kemudian hari.

    Masa taip mesej pun air mata Awin tiba2 mengalir sendiri. Memang sedih sangat bila puasa tak ada mama. Tak ada mama yang kejutkan Awin, tak ada dengar mama masak, nak tolong mama pun Awin tak boleh. Tapi Awin tahu, semua ni jadi mesti ada hikmah di sebaliknya. Mama sabar ye :-)

    Ye la, ma dah nangis ni. Sedih. Seorang lelaki yang amat ma sayang sanggup buat ma macam ni.

    Dah lah. Tak payah ingat. Benda dah lepas tak baik dikenang. Semua ni takdir. Jodoh mama bukan dengan ayah. Biarlah yang lepas tu lepas. Sekarang mama kena teruskan hidup. Mama kena kuat.

    Ma harap semua ni jadi pengajaran kat Awin dalam memilih jodoh.

    InShaaAllah ma :) Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan macam tu jugak sebaliknya. Doakan Awin dapat jodoh yang boleh bawa Awin ke syurga, InShaaAllah.

    Alhamdulillah kalau Awin ingat tu.. Amin.

    Kawan-kawan, bersyukurlah jika awak semua masih diberi peluang untuk berpuasa bersama-sama ahli keluarga yang lengkap dan bahagia. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Walaupun keluarga Nurin dah tak macam dulu, Nurin masih bersyukur sebab Nurin masih mempunyai kedua-duanya bahkan ditambah lagi 2 orang. Umi dan baba. Seorang ayah tiri dan seorang ibu tiri. Terima kasih Ya Allah.

    Dah lama rasanya Nurin tak jumpa mama. Rindu sangat. Allah je tahu betapa rindunya Nurin kat mama. Doakanlah semoga pintu hati ayah Nurin akan terbuka suatu hari nanti. Doakanlah semoga keluarga Nurin dapat bersatu macam dulu balik walaupun mama dan ayah kedua-duanya dah berlainan pasangan hidup. Semoga ada penghujung yang baik nanti.

    Nurin tahu semua yang terjadi ni ada hikmahnya. Nurin kena kuat. Mama kena kuat. Mudah-mudahan Nurin dan keluarga dapat menjalani kehidupan di bulan Ramadhan kali ni dengan penuh makna dan begitu juga awak semua. Hargai setiap masa yang kita ada. Salam sayang dan selamat berpuasa daripada Nurin =)

    Ya Allah, muliakan & sayangilah saudaraku ini, bahagiakan keluarganya, berkati rezekinya, kuatkan imannya. Berikanlah kenikmatan ibadahnya, jauhkan dari segala fitnah. Amin. “AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN 1434 H” mohon maaf zahir dan batin.










    PROFILE biases AFFIES stuff contacts home