Berubah Ke Arah Yang Lebih Baik
Assalamualaikum.
Kpoppers semua mesti dah baca kan kisah seorang ex-kpopper tu? Sebenarnya kisah ni bukanlah ditujukan untuk kpoppers sahaja tapi kepada semua umat Islam. Bagi yang belum baca, sila baca kat sini.
Nurin harap ramai umat Islam kat luar sana, terutamanya yang terlampau taksub dengan minat sendiri tu sedarlah lepas baca kisah ni. Lepas nurin baca kisah ni, alhamdulillah nurin dapat terima dengan hati yang terbuka. Ada sesetengah kpoppers melenting bagai nak salahkan ex-kpopper ni. Sebenarnya diri sendiri tu yang tak sedar dah terpesong jauh dari agama Islam.
Nurin mengaku nurin memang peminat fanatik kpop. Tapi nurin sendiri tak pasti nurin ni peminat fanatik hanya pada nama atau betul2 fanatik? Mungkin juga fanatik yang nurin maksudkan tu sebenarnya "hardcore kpopper"? Fanatik dan hardcore tak sama ok. Selama nurin minat kpop ni pun, nurin tak abaikan perkara wajib. Kpop bukanlah penyebab kita lalai. Kadang2 diri kita sendiri tu yang menjadi penyebab.
Selama nurin minat kpop ni, nurin tak pernah lagi pergi mana-mana konsert dan nurin memang tak suka pergi konsert. Kalau fanmeeting tu nurin boleh tahan lagi sebab at least boleh tengok depan mata. Memang tu lah impian setiap orang kan. Nak jumpa artis kesayangan depan mata. Kalau konsert yang mengilai melalak semua tu nurin memang tak suka pergi.
Lagi satu yang menyedarkan nurin lepas baca kisah ni, pasal yang ship bias lelaki dengan lelaki. Yes, memang majoriti kpoppers suka ship "ghei" couple. Tapi tanpa kita sedari, dah banyak dosa yang kita dah buat. Tapi berdosakah nurin kalau niat nurin ship diorang tu sekadar tanda hubungan rapat antara kawan? Wallahu a'lam. Siapa lah kita nak tentukan dosa dan pahala.
Menangis sebab tak dapat pergi jumpa bila artis kesayangan datang Malaysia? Itu memang perkara biasa lagi-lagi bagi peminat perempuan. Tambahan pula nurin memang jenis yang cepat menangis. Tapi tak ada lah setiap kali ada je yang datang, setiap kali tu juga nurin nangis. Kalau macam tu parah lah. It depends on my mood too.
Memang sangat berat.. Sangat berat untuk kita tinggalkan sesuatu yang dah jadi sebahagian dari hidup kita. Sesuatu yang kita dah sayang. Nak delete semua berkenaan kpop atau apa2 sahaja minat yang melalaikan dari laptop dan handfon kita memang sangat susah, apa lagi nak delete dari diri kita. Mungkin lama-kelamaan, minat ini akan pergi dengan sendirinya seiring dengan perjalanan hidup dan umur kita. Nak buang semuanya on the spot memang tak boleh.
Alhamdulillah tahun ni nurin dah kurang layan kpop dan hiburan lain sebab SPM. Nurin lebih ke arah berblogging. Harap2 lepas SPM nanti nurin masih dapat kawal diri. Ingat! Nak minat tu boleh tapi jangan sampai lupa pada Pencipta. Sejak nurin baca kisah ex-kpopper tu, nurin akan menangis bila sendirian. Hati nurin terasa sebak sangat bila ingat balik satu persatu ayat yang beliau katakan. Mungkin nurin masih berpeluang untuk ke arah yang lebih baik dari sekarang sebab kebanyakan perkara lalai yang disebut dalam kisah tersebut, alhamdulillah cuma 2 sahaja yang buatkan nurin terasa.
Nurin sebarkan kisah beliau dengan harapan orang lain dapat ambil pengajaran dan jadikan sebagai peringatan sebelum terlambat. Minat biarlah berpada-pada. Semoga kita semua sentiasa berada di jalan yang benar, InShaaAllah.