Nurin Aireen. 96's.

Hi! Thank you for coming!
Visit my twin here
Copycats are PROHIBITED

Status
aku malas update blog kbye


CHIT CHAT







Followers





Hot Issues

Shoot Copycat! Entry tak keluar kat dashboard? *spazzing mode* Oh My Bias List! Hati-hati masa korek telinga! Blogger Penipu?Tutorial: Clear Cache and CookiesHey Anon!Bahaya Aiscoming soon




Memories

  • FREEDOM.
  • Dah Give Up Berblogging :(
  • And the winners are.......... |Holiday Giveaway by...
  • Gosip : Hanis Zalikha dan Hairul Azreen ingin berk...
  • Tutorial : Cara Layari Internet Tanpa Perlu Clear ...
  • Senarai Bakal Pemenang Holiday Giveaway by Nurin A...
  • {TAMAT} Holiday Giveaway by Nurin Aireen
  • Senarai dan Gambaran Hadiah Holiday Giveaway by Nu...
  • Rezeki Dah Sampai! ^^ #6
  • Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin




  • Credits
    © HNIE 2013 - The template was made by Hanie and edited by Nurin Aireen. Slider codes from nivo. Thanks to pixel-diary for the pixels and icons. Best view in Google Chrome


    [Last Part] Kisah Aku Dan Dia
    WRITTEN BY NURIN AIREEN ON 28 November 2013 { 6 love note(s) }

    Assalamualaikum.

    entry ni dibuat special untuk my first confession to him. yang lain tu kalau rasa nak baca, silakan kalau taknak sila close tab muahaha. this'll be my last entry about him. /cough/ ke na pa rasa /cough/ nervous pulak ni bila cakap pasal confessionso harini 28/11/13 i'll confess to someone through this entry and the previous two here and here


    actually entry ni takda la nak confess mana pun sebab dah confess kat dalam love note hadiah birthday tu *eh kantoi pulak* cuma nak cerita "kisah aku dan dia". tapi kan tapi kan aku sedih sebab ada banyak jugak kenangan pahit manis yang aku save dalam draf tapi masalahnya fon aku dah rosak and ayah aku cakap better beli baru daripada repair aku memang akan terus taip and save lepas kenangan tu tercipta uwaa makkkkkkkkk :< sekarang dah takda mood nak refresh balik semua yang ada dalam draf tu sobs i'll just share the one yang aku save dalam draf blogger ni. time phone aku rosak tu aku cuma ingat pasal mesej2 and gambar yang tak lekat kat memory kad tu je yang lain lantak la :( 


    ihihi guess what aku buat entry ni pun dah last minit sebab siang tadi busy melayang benda laing. buat jugak lah entry ni walaupun esok kena pergi sekolah hantar buku teks Ya Allah harap2 tak jumpa dia time aku bagi hadiah and suruh dia cek DM twitter tu aku tak fikir langsung pasal tarikh buku teks or what. disebabkan dah berjanji kat "love note" tu kena la tunaikan ye dok confess je confess je toksah duk malu2 lol. 


    but i wonder does he even remember today? does he even read my "love note"? :< hmm




    kat bawah ni semuanya moment yang sudah siap ditaip and disave dalam draf entry. time rajin sempat la bukak laptop.


    1/4/13 - Hampir terlanggar kat pintu perpustakaan


    2/4/13 - Cari buku latihan sama-sama. Buku dia hilang. Kesian dia :(


    20/4/13 - Lawatan ke Dewan 2020 untuk MSAM. Aku, membe aku, dia and the geng sama2 dapatkan cap. Masa tu terasa sangat dekat ;(


    1/7/13 duduk bersebelahan dalam lab fizik. usha dia tido :p


    2/7/13 masa otw pergi hantar adik, bertembung dengan kereta dia kat jalan raya. tak nampak whether he was in the car or not.


    In chemistry's lab. *ternampak fail hello kitty aku* "Lawa fail" dia perli atau puji? tak kisahlah tapi aku rasa bahagia sebentar ._.



    8/7/13 - (masa nilam pertama) Tiba tiba je dia datang kasi buku time dalam library. Dupdap dupdap ingatkan kasi apa. Rupa-rupanya buku nilam jeh -.- Hampeh. Tapi seronok lah sebab dia pinjam :D


    (masa nilam kedua) First dia duduk sebelah kiri. Selang sorang cockblocker tu ialah dia. Then dia bangun ubah tempat duduk depan aku. Pfftttt ._. His smile!


    9/7/13 - Masa MATH. Time tu dah nak keluar kelas. Aku tak perasan yang dia ada kat belakang aku then aku pun main lah hayun2 tangan sebab nak mengacau cuah. Tup tup tertampar poket seluar dia. Ok boleh rasa kekerasan wallet dia tu ._. dalam hati nak kata "ouch sakitnya" tapi yang keluar cuma "eh sorry sorry" sambil tersenyum malu. Lepas tu kena kucai dengan membe sebab aku tak berhenti senyum. Bahagia sangat sebab dapat cipta satu lagi moment bersama si dia (?) --'


    10/7/13 - Tengah hafal ayat hafazan kat ustazah. Dah sampai ayat kedua terakhir tiba2 dia tengok *i dont know whether aku yang perasan or what* but start aku nampak dia tengok aku, terus je aku "hilang ingatan". terus gagap depan ustazah. yah! why did you do that. penat aku hafal bagi lancar tau ._.


    time balik - sama2 nampak kelam kabut pergi kat kereta masing2 yang dekat. aku kelam kabut sebab I thought ayah dah lama tunggu. I guess he thought the same too. Aww so sweet lah nasib baik kereta lain2 je lol syok sendiri lagi


    11/7/13 tengah kemas2 barang dalam lab chemy then tetiba dengar bunyi keychain kat pencil case aku so aku pusing kiri tgk2 ada dia tengah tengok jadual waktu baru yang aku letak bawah pencil case aku tu. hikhik time tu cuah ada kat sebelah kanan aku. mmg kantoi lah dengan dia aku tengah syok time tu. another moment! ^^


    duduk belakang dia time kelas bio petang tu. Dugeun dugeun. But ada satu incident tu idk why time tu orang tengok aku. Okay kisahnya macam ni. Cikgu tanya tak apa ke cikgu nak bincang soalan tu sambil duduk. Aku mmg okay je lah kan aku mana kisah pun bab2 ni. Tapi time cikgu tanya tu aku baru perasan yang cikgu memang dah tengah duduk ok I mean idk pun yang cikgu mmg tengah duduk lol tak perasan lah weh haha. Then aku TERcakap kuat2. Niatnya nak cakap kat cuah je but aku memang selalu terlepas cakap -.- Aku cuma cakap "Eh cikgu duduk ke?!" yang bunyinya agak kuat dan buatkan orang depan aku tu (ash) tengok aku macam aku ada buat salah ._. and then aku nampak reaction si dia. Just what did I do wrong? ._. Lepas tu aku pun terfikir lah "oh maybe ash dengar lain kot. maybe dia dengar aku cakap eh cikgu ni duduk jelah!" tak gitu ye? sebab tu dia usha pelik tapi aku tak heran sangat ah if ash salah faham yang aku ni kurang ajar ke apa yang aku heran if si dia tu yang salah faham ;; rosak lah reputasi aku HAHAHA stop it



    23/8/13
    Tarikh paling bermakna buat aku *o* ceritanya macam ni................

    Hari ni kiteorang ada jamuan raya. Well biasa lah time jamuan2 macam ni la kita nak kasi alasan untuk snap gambar bersama "kekasih hati yang tak kesampaian" tu kan hehehe. Kawan aku main serang jeh kerash2 dia semua. Aku? Malu >_< Kalau ikutkan hati memang aku nak serang semua crush aku tak kira ah cina ke india ke siam ke apa ke tapi tu lah.. Malu ._. keberanian dah ada cuma malu ._. k berapa kali nak ulang


    Kawan aku, Fieka ada offer nak tolong ejas aku dengan dia. Nak tolong aku untuk tangkap gambar dengan dia tapi aku sendiri yang tolak. Sebab apa? Malu =__= Nak tu mestilah nak oi siapa tak nak kan ingat senang nak dapat kenangan bergambar bersama lol


    Tapi sayangnya... tak sempat nak bergambar... eh eh tak habis lagi cerita ni. happy ending tau. actually time nak balik tu kiteorang sempat ambik gambar dengan aiman(kawan dia) then fieka tolong tanya yang dia pegi mana. aiman kata dia dah balik kot. aku pun macam ............ /menangis dalam hati/


    pastu aku cuah and qhilah pun balik. time lintas jalan tu nampak dia kat depan. U.U senangnya dalam hati hikhik. aku lintas sambil tanya diorang "nampak tak destiny aku?" haha aku mmg suka syok sendiri cemtu -.-'

    time ni aku still berharap nak ambik gambar dengan dia. dalam hati dah nekad yang pegi serbu dia kat depan tu tapi jasad tak sampai sebab tengok ada ramai kat situ. kang tak pasal2 aku kena bash -.-'

    maka, aku pun berjalan menuju ke library dengan hati yang hancur lol. then time duduk kat library tu...


    Aku : Weh.. aku sedih ah sebab hajat aku tak kesampaian..

    Qhilah & cuah : Hajat apa?
    Aku : Hajat nak tangkap gambar dengan dia :( aku kalau hajat tak kesampaian memang hidup aku tak tenang duk fikir benda tu -.-
    Qhilah : Tudia.. sampai tak tenang hidup --'

    beberapa minit kemudian..........


    aku masih moody...


    Qhilah : Ween syahir ween!

    Aku : MANA MANA MANA?????!!!! U.U (sambil melompat lompat terkejut+excited)
    Qhilah : Tadi aku nampak macam dia. Baju coklat... (tunjuk ke arah satu area kat library ni)
    Aku : *terus kelam kabut pergi cari dia sambil bawak fon* U.U cuah kata kat qhilah time aku lari ni macam kisah romeo & juliet time juliet cari romeo tu. Cuah yang kata, bukan aku sebab aku tak tau pun kisah diorang -.-

    Perasaan masa ni aku sendiri pun tak boleh kawal okay U.U maap


    Bila dah jumpa mamat berbaju coklat yang qhilah nampak tadi tu, memang betul pun dia. Hihi aku cepat2 menerjah dia lol ayat -.- Aku panggil nama dia dari belakang and kasi alasan "nak tangkap gambar. tadi tak sempat. aku nak tunaikan jugak hajat aku ni kalau tak hidup aku tak tenang" and then dia macam tak percaya pulak sampai tak tenang hidup. ugh hey awak tak tahu perangai saya kan saya kalau tak dapat tunaikan sesuatu hajat tu hidup saya memang tak akan tenang. asyik fikir benda tu je U.U


    nasib baik dia tak reject untuk bergambar tu kalau tak malu lah aku kena reject y.y perbualan masa nak snap gambar2 tu buat aku rasa macam kiteorang ni cute couple ihihi berangan kejap je time tu. walaupun cuma angan2 tapi aku bahagia gila U.U walaupun sekejap, aku tetap bahagia U.U thanks, ex-classmate. 


    nak tengok gambar tu ke? jap eh jap eh



























    hehe tunjuk gambar tempat tu dah la -.-



    tu je yang ada dalam draf entry ni yang lain semua dalam ingatan phone sobs. semua kenangan ni akanku simpan di dalam hati cewah. 


    [bonus] KEBETULAN???

     yang ni bestpreng aku yang sedar. dia kata kalau aku sebut perkataan call je mesti mamat tu lalu haha betul dah jadi 2 kali -_-

     benda ni pung jadi 2 kali. sijil kiteorang bersebelahan dan beratasbawahan omg bm and then kawan aku boleh pulak tanya "hang susun ka" WHAT even aku sendiri pun tak perasan -..-

     masa ambik report card exam sekali tu, cikgu Rosma bagitau ayah aku yang aku ni otak sama dengan syahir sebab berat belah sastera and bahasa and then aku macam "ayah aku bukan kenal syahir pun -_-"

     dia anak lelaki tunggal dalam family dia aku pulak anak perempuan tunggal. ada sekali tu ustazah pernah cakap yang abang jatuh cinta kat adik ipar lah apa lah then aku fikir "so aku kena kawen dengan orang yang takda abang and adik lelaki lah" and then syahir popped up in my mind LOL



    hadiah birthday mohon jangan gelak sebab bantal tu -__-









     kenangan yang paling mengecewakan :

     time ni ada kelas kat library and kebetulan sama dengan kelas form4 budak yang dia suka tu so kawan2 aku macam mengusik diorang ah Ya Allah tolong cuba faham perasaan aku time tu. I cried. Thank you. to be very honest la kan, aku sangat tak kisah kalau diorang nak date pun seriously aku tak kisah tapi bila benda tu jadi depan mata aku takkan aku boleh tahan :<

     ha yang ni boleh highlight jugak ah sebab macam penting je muahaha. okay aku ada bagi hadiah kat dia sempena birthday dia tahun ni. aku nekad bagi pun sebab aku takut next year tak dapat peluang macam ni dah. tapi..... bila aku dengar reaksi dia time nampak beg hadiah tu dalam beg dia aku rasa macam... "Ya Allah kenapa aku boleh suka someone yang macam ni Ya Allah tolong buat aku benci dia T.T"


    pasal reaction dia tu aku sabar je la then bila aku stalk kat twitter aku nampak....


    TAU TAK APA YANG AKU RASA LEPAS BACA TU? :'-----------( encik syahir, FYI aku dah lama berhenti berharap tau tak. aku memang tak suka letak harapan tinggi kat insan yang cuma bergelar "crush". sampai hati cakap macam tu. tau tak malam tu jugak aku dah nekad nak explain everything kat hang aku dah mintak number kat fieka ha tapi nasib baik dia nasihat aku suruh fikir kesan. malam tu memang aku tido je -.- stress wo. okeh meh sini aku nak komen sikit pasal tweet2 sweet semua tu. start dari atas la ye. cara tak kena ye? maaf sy tak pandai pilih cara terbaik di mata awak. bagi pen? seriously bagi pen untuk hadiah birthday? kalau hari guru aku pernah ah buat ._. lagipun pen boleh habis dakwat. membazir? tak pun. even membazir sekali pun aku tak kisah sebab sekali dalam seumur hidup aku buat macam tu untuk orang yang aku sayang and aku tak tahu bila lagi aku boleh bagi hadiah2 macam tu :< yang pasal berharap tu aku dah explain tadi. hadiah2 tu simpan jelah eh kalau tak suka. and those "love notes" yang memalukan tu sorry.


    jujur daripada hati aku, aku tak harap apa2 jawapan daripada dia. aku suka, sayang, cinta semua tu sekadar syok2 sendiri huahua. this is a confession, not a proposal. tapi aku harap lepas ni act normal jelah. aku tak rasa benda ni akan jejaskan persahabatan kita or what sebab aku tak memang tak rapat dengan dia macam fieka fishah kan. kalau nak avoid aku pun avoid lah yang penting aku puas sebab hajat tertunai lagipun sekolah dah habis! :3 nanti aku tua2 mesti aku akan senyum bila baca semua entry pasal dia haha cinta monyet. first confession memey panjang kans -.- just thank you for everything okay. assalamualaikum.

    ❝ Sakit bila orang yang kita suka tu tak suka kita tapi lebih menyakitkan kalau kita tak ada keberanian untuk luahkan perasaan tu










    PROFILE biases AFFIES stuff contacts home