Nurin Aireen. 96's.

Hi! Thank you for coming!
Visit my twin here
Copycats are PROHIBITED

Status
aku malas update blog kbye


CHIT CHAT







Followers





Hot Issues

Shoot Copycat! Entry tak keluar kat dashboard? *spazzing mode* Oh My Bias List! Hati-hati masa korek telinga! Blogger Penipu?Tutorial: Clear Cache and CookiesHey Anon!Bahaya Aiscoming soon




Memories

  • My 1st Blogskin : You are my angel
  • New blog, new feel =_=
  • ayah.
  • first time.
  • suasana baru.
  • Happy belated birthday, dear mom
  • pagi yang indah.
  • ultimate bias.
  • -TAMAT- Segmen : One True Pairing
  • What is bias?




  • Credits
    © HNIE 2013 - The template was made by Hanie and edited by Nurin Aireen. Slider codes from nivo. Thanks to pixel-diary for the pixels and icons. Best view in Google Chrome


    [AKAN DATANG] AUTUMN DI HATIKU ~ HANEZ SURAYA & KIM JIN SUNG - 20 JUN 2013
    WRITTEN BY NURIN AIREEN ON 6 June 2013 { 6 love note(s) }



    Assalamualaikum and hai. Tadi adik nurin jenjalan kat keek then dia terjumpa video mamat korea yang comel ni. Awal awal tu nurin ingat artis melayu sebab tak jelas sangat muka and suara dia. Lepas tu tengoklah dekat dekat. Okay mamat korea rupanya. Comel sangat dia cuba cakap melayu. Nak tengok? Jom!

     https://www.keek.com/Hanezsuraya/keeks/dfqhcab
     https://www.keek.com/Hanezsuraya/keeks/xHgscab


    Media Prima akan bakal menayangkan sebuah drama romantik komedi yang bertajuk AUTUMN DIHATIKU. Dengar tajuknya tentu saja akan mengingatkan peminat kpop dengan drama tahun 2000 iaitu Autumn In My Heart tapi jangan tersalah sangka semua ianya tiada berkait langsung. Semua pengambaran drama dijalankan di Malaysia. Mari kita baca sinopsisnya oke..

    Cerita ini mengisahkan tentang seorang gadis manis dan happy go luck bernama Nina (lakonan Hanez Suraya) yang berkerja di kedai roti. Akibat landakan Hallyu Wave Korea yang melanda Malaysia, Nina juga tidak ketinggalan, dia adalah seorang peminat K-pop yang fanatik. Kehidupannya segala-galanya mesti bersangkut paut dengan Kpop dari pakaian sampailah sanggup belajar bahasa Korea. Bersama dengan Jaja (Ezzaty Abdullah) adalah kawan paling karib dia adalah juga peminat drama Korea, dan tentu saja bila bertemu cuma bergosip dan bercerita hanya tentang drama Korea apa yg terbaru dan apa yang berlaku dalam drama tersebut.

    Nah...satu hari seorang pemuda Korea singgah dikedai roti tempat Nina berkerja. Jatuh cinta pandang pertama itu yang terjadi pada Nina ketika melihat Park Au Tum (Kim Jin Sung) yang  tentu saja menepati segala citarasa impian Nina.  Autumn (nick yang diberi Nina) datang ke Malaysia untuk urusan perniagaan kurang fasih berbahasa english manakala Nina pula seorang yang pemalu dengan lelaki.

    Zidick (Aiman Hakim) adalah merupakan rakan sekerja Nina yang fasih berbahasa Korea kerana dia pernah tinggal di Korea, kini menjadi guru bahasa Korea Nina kerana Nina memaksanya mengajar bahasa Korea semata-mata ingin mendekati dan menarik perhatian Autumn. Zidick pula memang menyukai Nina sudah sekian lama tanpa disedari oleh Nina.

    Nina dan Jaja pula selalu menghadapi masalah dengan Kai (Anas Ridzuan) anak tuan rumah yang disewa oleh Nina dan Jaja. Satu hari Kai  mempermainkan untuk tujuan memalukan mereka berdua memberitahu mereka telah memenangi pakej percutian ke Korea. Kai sebenarnya dalam dalam diam menaruh hati pada Jaja. 

    Apakah berlaku kepada mereka? Dapatkah Nina memikat Autumn? Apakah Park Autumn tahu bahawa seorang gadis Malaysia telah jatuh cinta kepadanya? Bagaimana pula helah Zai tentang pakej melancong ke Korea itu? Apakah Nina menyedari yang Zidick mencintai dia secara diam? Dapatkah Zai menarik hati Jaja yang membenci dia atas segala perkara yang menyakitkan hati dilakukan Zai kepada Jaja dan Nina?

    Semuanya akan terjawab nanti bila drama ini akan disiarkan hanya melalui www.tonton.com.my pada pertengahan bulan Jun ini dengan membawakan sebanyak 20 episode.

    gambar diatas kredit diberikan kepada Hanez Suraya.
    dan untuk mengikuti segala perkembangan drama yang sedang didalam pengambaran ini melalui

    Instagram mereka

    @hanezsuraya
    @js_lucete
    #autumndihatiku

    Sumber : http://mforum1.cari.com.my/portal.php?mod=view&aid=1627


    Jangan lupa saksikan drama ni! Lagi lagi peminat kpop tu, hehe. Baca sinopsis macam best je. Untung betul Hanez Suraya kan.












    PROFILE biases AFFIES stuff contacts home