Nurin Aireen. 96's.
Kpopper| Forteenager
Hi! Thank you for coming!
Visit my twin here
Copycats are PROHIBITED

Status
aku malas update blog kbye


CHIT CHAT







Followers





Hot Issues

Shoot Copycat! Entry tak keluar kat dashboard? *spazzing mode* Oh My Bias List! Hati-hati masa korek telinga! Blogger Penipu?Tutorial: Clear Cache and CookiesHey Anon!Bahaya Aiscoming soon




Memories

  • first time.
  • suasana baru.
  • Happy belated birthday, dear mom
  • pagi yang indah.
  • ultimate bias.
  • -TAMAT- Segmen : One True Pairing
  • What is bias?
  • Segmen: My Awesome Flawless Bias
  • Akhirnya Hajatku Kesampaian =_=
  • Bihun sup punya pasal




  • Credits
    © HNIE 2013 - The template was made by Hanie and edited by Nurin Aireen. Slider codes from nivo. Thanks to pixel-diary for the pixels and icons. Best view in Google Chrome


    ayah.
    WRITTEN BY NURIN AIREEN ON 25 January 2013 { 0 love note(s) }





    Assalamualaikum.

    Salam Maulidur Rasul kepada semua umat Islam :) cuti ni manfaatkanlah masa yang ada untuk beribadah lebih kepada Allah. ween cuti sehari je. kesian kan kan. nak buat macam mana, budak sekolah. mangsa spm pulak tu. haih malasnya nak menghadap buku-buku tu. nasib baik semalam dah buat most of homework awal awal hikhik. 

    ingatkan nak update blog semalam tapi sebab terlalu mengantuk sampai tak dapat bukak mata, tak kesampaian lah hajat tu. 2, 3 hari ni letih sangat. dengan hal sekolah, family semuanya aih letih letih. tapi tak baik mengeluh /tampar mulut/ ween nak share sikit lah pengalaman first time tengok ayah terbaring kat wad dengan baju hospital tu y.y



    lepas balik outstation dulu, ayah demam. then tiba-tiba satu hari ni lepas bangun tidur, tetiba bahu ayah sakit gila macam berdenyut-denyut sampai nak angkat tangan pun tak boleh. kalau nak angkat, kena support guna tangan satu lagi. begitulah kisahnya yang ween dengar ayah cerita. tahan sakit dalam beberapa hari. pakai macam-macam ubat tradisional and ubat yang doktor bagi, semuanya dah buat. and yang ween bengang sangat ayah sanggup drive pergi Penang. from Perlis to Penang. i mean yelah dengan bahu sakit macam tu kena lah rehat, mana boleh push. ini siap drive berjam-jam just sebab nak tunaikan janji kat mak and ayah mentua sob how pure u dad.

    ayah kata hajat tu dah lama nak bawak tok balik kampung kat Penang tapi cuma tak ada masa yang sesuai. sebab tu ayah paksa jugak drive dengan tangan yang sakit tu ;__; masa kat Penang tu pun, adik-beradik tok ada sapu ubat itu ubat ini and i was like takpe ke main sapu macam tu je? kang makin melarat pulak and yes it was true. memang melarat sampai kena operate :'c so hari ahad haritu, ayah kena operate. my first time in my life tengok ayah sakit macam tu and even kena operate. seumur hidup aku, tak pernah lagi aku tengok mama or ayah aku masuk wad :c 

    "Awin nak datang tengok ayah ke? ayah kritikal sekarang ni. ayah ada dalam bilik bedah. ayah kritikal sangat-sangat"

    mesej ni yang membuatkan airmata aku automatik mengalir laju. aku dapat mesej ni time sekolah dalam pukul 12 and 1 macam tu lah tapi umi sent kat number kawan aku so dia tak perasan and time aku tengah bersiap nak pergi latihan merentas desa petang tu lah baru dia inform kat aku yang umi ada mesej. patutlah masa balik tu umi ada tanya kat aku nak pergi tengok ayah tak. tapi aku tak tahu yang ayah tengah kritikal so aku jawab lah nak pergi latihan merentas desa. lepas tu aku cepat cepat lah call umi bagitau yang aku baru tahu and then aku nak pergi tengok ayah walaupun ayah still dalam bilik bedah tapi malangnya takda orang boleh hantar aku so terpaksa lah aku pergi latihan merentas desa dengan jiran aku.

    petang tu, lepas habis latihan, aku balik dengan jiran tersayang aku. diorang bawak aku pergi melawat ayah. for the first time dalam hidup aku. dupdap dupdap jantung aku masa berjalan masuk hospital. masa cari bilik ayah. jantung aku macam nak terhenti. kaki aku lemah. aku tak tahu macam mana nak react masa nampak ayah nanti. masa masuk bilik tu, aku try kontrol muka bagi okay tapi aku tahu aku tak kuat. aku cepat menangis. memang cepat gila. nampak je ayah terbaring macam tu, aku terus menangis non-stop. serius non-stop. and umi macam "kenapa menangis. tak payah menangis. pi cakap dengan ayah". umi kan cikgu. so agak strict lah kan lol. dear umi, how did u expect me to talk to him? nak keluarkan suara pun tak mampu.

    pengalaman pertama aku. masa tu ayah still dalam keadaan separuh sedar. maybe sebab tu lah aku asyik menangis. cara ayah cakap pun macam orang sakit :c aku tak boleh nak keluarkan suara untuk cakap dengan ayah. nak pergi dekat pun aku tak sanggup. sampai lah hari semalam, aku pergi melawat ayah for the second time and i wished i'll not cry again. kali ni jantung aku dah sedikit okay. aku rasa tak berapa takut sebab dah second time. masuk je bilik tu, aku nampak ayah tengah tidur then umi kejut. alhamdulillah ayah dah sedar macam dulu. ayah dah boleh bergurau macam dulu. ayah dah boleh sembang dengan aku macam dulu. terima kasih Ya Allah. 


    "Kite ade anak dara. anak dara kite comel"

    okay cuba bayangkan ayah aku cakap dengan nada suara yang mengada gedik tu lol. hehe comel je. ayah aku kenalkan aku kat "jiran sebelah" okay dia panggil jiran sebelah. aku bangga sangat dengan ayah aku. even dah sakit macam tu, still boleh bergurau. aku rasa ayah aku lah yang naikkan suasana bilik tu. jiran depan lah jiran sebelah lah haih ada-ada je. semua orang dia menyakat. alhamdulillah syukur sangat kepada Allah aku masih diberi peluang untuk bersama-sama ayah aku. alhamdulillah ayah aku dah lepas dari masa kritikal. cuma yang aku risau sekarang ni ayah aku buah pinggang rosak and paru-paru masuk air. so maybe dia tak boleh hidup normal macm dulu dah y.y aku harap sangat ayah aku akan sihat macam dulu. cepatlah balik rumah ;_; get well soon, dad. aminnnnnnnnnn.

    Screencap old comment :















    PROFILE biases AFFIES stuff contacts home