Nurin Aireen. 96's.

Hi! Thank you for coming!
Visit my twin here
Copycats are PROHIBITED

Status
aku malas update blog kbye


CHIT CHAT







Followers





Hot Issues

Shoot Copycat! Entry tak keluar kat dashboard? *spazzing mode* Oh My Bias List! Hati-hati masa korek telinga! Blogger Penipu?Tutorial: Clear Cache and CookiesHey Anon!Bahaya Aiscoming soon




Memories

  • Kim Sunggyu, please .... :(
  • Blogger Penipu?
  • Review Blog Fatin Nursyahira
  • Mati Akibat Gurauan Melampau
  • Pemenang First Giveaway by Nurin Aireen & Ieyra Ghani
  • Senarai Blog Artis
  • Main Game No Backspace! XD
  • Al-Fatihah Buat Arwah Yasmin J Hunwick
  • Terlebih ramah pun susah
  • {TAMAT} Giveaway "I Love Peplum" by Nurin Aireen




  • Credits
    © HNIE 2013 - The template was made by Hanie and edited by Nurin Aireen. Slider codes from nivo. Thanks to pixel-diary for the pixels and icons. Best view in Google Chrome


    PUASA PADA HARI SABTU
    WRITTEN BY NURIN AIREEN ON 29 June 2013 { 0 love note(s) }


    Assalamualaikum. 


    Soalan; assalam mualaikum, ana ingin bertanya, pada 27 rejab (sabtu) ana telah berpuasa sunat. Adakah memadai ana berpuasa hari sabtu tersebut saja atau ana kena buat / sambung pada hari ahad pula. Syukran.

    Jawapan;

    Terdapat larangan dari Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam- dalam hadisnya;

    لا تصُومُوا يومَ السَّبتِ إِلاَّ فِيمَا افتُرِضَ عَلَيكُمْ
    “Janganlah kamu berpuasa pada hari Sabtu kecuali yang difardhukan ke atas kamu”. (Riwayat Imam at-Tirmizi dari Abdullah bin Busr dari saudara perempuannya. Berkata Imam at-Tirmizi; hadis ini hasan)

    Maksud larangan dalam hadis di atas ialah mengkhususkan hari sabtu untuk berpuasa. Menurut ulamak; larangan dalam hadis di atas ialah larangan makruh, bukan larangan haram. Hikmah larangan tersebut ialah kerana hari Sabtu merupakan hari kebesaran orang Yahudi. Dengan alasan ini, dimakruhkan juga mengkhususkan puasa pada hari Ahad kerana ia merupakan hari kebesaran orang Nasara (Kristian). 

    Larangan tersebut ternafi apabila kita menggabung puasa hari sabtu itu dengan sehari sebelumnya atau selepasnya iaitu berpuasa pada hari Jumaat dan Sabtu atau pada hari Sabtu dan Ahad. Ini kerana tidak ada penganut agama yang mengagungkan hari-hari tersebut serentak, maka tidak ada penyerupaan di situ. Malah terdapat riwayat dari isteri Nabi Ummu Salamah –radhiyallahu ‘anha- yang menceritakan;

    كَانَ أَكْثَرَ صَوْمِهِ السَّبْتُ وَالأَحَدُ، وَيَقُوْلُ: هُمَا يَوْمَا عَيْْدِ الْمُشْرِكِيْنَ، فَأُحِبُّ أَنْ أُخَاْلِفَهُمْ
    “Kebanyakan puasa Rasulullah ialah pada hari Sabtu dan Ahad. Baginda berkata; ‘Dua hari itu adalah hari perayaan orang-orang Musyrikin, maka aku ingin menyalahi (yakni berbeza dengan) mereka’”. (Riwayat Imam Ahmad, Thabrani dan al-Hakim)

    Begitu juga, larangan tersebut ternafi jika seseorang berpuasa pada hari sabtu kerana berbetulan dengan kebiasaannya (bukan dengan niat mengkhususkannya) seperti ia biasa berpuasa dengan puasa Nabi Daud –alaihi salam- (iaitu sehari berpuasa dan sehari berbuka) lalu puasanya jatuh pada hari sabtu secara kebetulan. 

    Sebagaimana yang terkandung dalam hadis, larangan berpuasa pada hari sabtu secara khusus itu dikecualikan jika puasa yang hendak dilakukan itu adalah puasa fardhu (wajib) sama ada puasa Qadha Ramadhan, puasa nazar atau puasa kaffarah. Para ulamak mengecualikan juga dari larangan tersebut jika hari sabtu itu menepati kedatangan hari-hari yang amat digalakkan berpuasa (yakni sunnat muakkad) seperti hari ‘Arafah, ‘Asyura’ dan hari-hari awal Dzul-Hijjah. Maka jika hari ‘Arafah atau sebagainya itu jatuh pada hari sabtu, tidaklah dimakruhkan kita berpuasa kerana niat kita bukan hendak mengkhususkan hari sabtu itu dengan puasa tetapi kerana ingin merebut pahala berpuasa pada hari ‘Arafah yang kebetulan jatuh pada hari Sabtu. (Dapatkan ebook tentang puasa-puasa sunat di; http://ebook-ilmudanulamak.blogspot.com/).

    Wallahu a’lam.

    Rujukan;

    1. Risalah “PUASA-PUASA SUNAT & HARI-HARI DILARANG BERPUASA”, Ustaz Ahmad Adnan bin Fadzil (Dapat ebook di; http://ebook-ilmudanulamak.blogspot.com/)
    2. Tuhfah al-Ahwazi Tuhfah al-Ahwazi, Syarah Jami’ at-Tirmizi, juz 2 (Ma Ja-a Fi Syaum Yaum as-Sabt).

    sumber











    PROFILE biases AFFIES stuff contacts home