Nurin Aireen. 96's.

Hi! Thank you for coming!
Visit my twin here
Copycats are PROHIBITED

Status
aku malas update blog kbye


CHIT CHAT







Followers





Hot Issues

Shoot Copycat! Entry tak keluar kat dashboard? *spazzing mode* Oh My Bias List! Hati-hati masa korek telinga! Blogger Penipu?Tutorial: Clear Cache and CookiesHey Anon!Bahaya Aiscoming soon




Memories

  • Terlebih ramah pun susah
  • {TAMAT} Giveaway "I Love Peplum" by Nurin Aireen
  • #3YearsWithINFINITE
  • Taggie Game Part II
  • [AKAN DATANG] AUTUMN DI HATIKU ~ HANEZ SURAYA & KI...
  • My 1st Blogskin : You are my angel
  • New blog, new feel =_=
  • ayah.
  • first time.
  • suasana baru.




  • Credits
    © HNIE 2013 - The template was made by Hanie and edited by Nurin Aireen. Slider codes from nivo. Thanks to pixel-diary for the pixels and icons. Best view in Google Chrome


    Al-Fatihah Buat Arwah Yasmin J Hunwick
    WRITTEN BY NURIN AIREEN ON 17 June 2013 { 10 love note(s) }


    Assalamualaikum dan selamat malam semua :)


    Tadi nurin jenjalan kat dashboard lepas tu terjumpa entry Fatin. Entry tu lah yang buatkan nurin terdetik hati untuk ke blog arwah Yasmin. Sebenarnya ini pertama kali nurin tahu kisah arwah Yasmin. Maybe nurin agak lambat tapi nurin tetap nak buat entry ni sebagai tanda peringatan kepada arwah. Bila nurin masuk je ke blog arwah Yasmin dan baca entry ibu arwah, mata nurin dah mula merah. Air mata dah berkumpul. Nurin memang tak kenal atau dengar nama arwah Yasmin sebelum ni tapi entah kenapa terasa sebak sangat. Maybe sebab nurin memang cepat menangis.


    Bila nurin baca entry entry arwah yang lepas, nurin dapat kenal arwah sebagai seorang yang sangat ramah dan ceria. Arwah juga seorang yang sangat comel. Tapi Allah lebih sayangkan arwah. 3 Jun haritu genap setahun pemergian arwah. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman, Ameen. Nurin sempat google nama arwah tadi untuk tahu kisah tragis yang menimpa arwah pada 3 Jun 2012, jam 11.50 malam. 


    Arwah Yasmin berumur 18 tahun pada tahun ini. Arwah Yasmin seorang gadis biasa,berparas rupa yang ayu cantik dan berjiwa musik ,macam remaja lain aktif dilaman sosial fb, twitter ,instagram, tumblr dan juga diary nya 'blog'. Menjadi 'Trending' di twitter pada 3.6.12 membuat kan orang di sekelilingnya menjadi sebak termasuk orang luar malah semua orang seakan tidak percaya. Arwah telah memuat foto di'instagram' BEGINIKAH RASANYA 7 MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR ' dengan kata-kata arwah 'THIS BOOK KINDA INTERESTING'

    Mimpi ngeri yang arwah alami menjadi entry di diary tercinta nya 'her illusionist'. Semua ini seakan-akan bukti yang arwah sudah ada persiapan. Persiapan ke 'alam baru'.. meninggalkan keluarga tercinta,rakan-rakan yang disayangi..tetapi kasih sayang tersebut akan kekal sebati dalam diri setiap insan tersebut. 3.6.12 tarikh yang akan menjadi detik kehidupan yang baru buat keluarga tercinta,tanpa kekasih hati mereka 'YASMIN' masih ramai yang tidak tahu apa kisah yang terjadi.



     


    Beberapa bulan sebelum arwah meninggal, arwah Yasmin ada menyatakan tentang mimpi ngeri arwah. 


    Arwah Yasmin juga sempat membaca buku 7 Malam Pertama Di Alam Kubur. Persiapan Menuju Alam Barzakh.




    Arwah meninggal dunia di tempat kejadian bersama-sama 2 rakan yang lain dalam kemalangan semasa mereka bertiga menaiki motosikal. Mereka dilanggar van pelancong. Hazwani dan Apiqah juga meninggal kerana kecederaan parah di badan dan kepala. Mereka bertiga meninggal di tempat kejadian . AL-FATIHAH.





    Kisah di bawah nurin credit to the owner. Lepas baca ni baru nurin tahu kisah sebenar yang jadi. Ya Allah semoga arwah tenang di sana. 


    3 Jun 2012 11 AM


    Ketika dalam penggal kedua cuti persekolahan , arwah Yasmin ke sekolah untuk discussion bersama kawan2 karibnya dalam pukul 11 arwah dan kawannya pulang ke rumah kawan rapatnya (F) Sebelum sampai ke rumah (F).kwn rapat arwah merasakan sesuatu yg tak kena dgn cara arwah berjalan. (F) tanya kenapa, arwah jawab tak ada apa2.  Di rumah (F) arwah nampak penat dan tidur nyenyak. Sebelum tu arwah sempat lihat gambar mereka berdua dan arwah pegang seperti raut gambar di dinding dengan pandangan yang sayu semasa menunggu aunty saz datang mengambil arwah.

    Manakala aunty saz ketika tu berjumpa dengan kawan lama beliau, menyebabkan aunty saz tidak dapat mengambil arwah di sekolah. Arwah sering menumpang di rumah (F) jika ada tusyen atau lewat aunty ambik. Sebelum aunty saz ambik arwah di rumah (F) aunty saz menemani kawan sekolah aunty saz shopping di kedai duty free di Kuah (bandar).  kawan aunty saz meminta aunty saz pilihkan untuk dia (kawan aunty saz) dia kata dia nak beli kain batik lepas 3 helai. Aunty saz pilih untuk dia dan mengatakan  ''senang kena ada batik lepas kat rumah, kot-kot ada org meninggal '' .. Waktu shopping tu dalam pukul 2-3 petang. Lagipun aunty saz janji ambik arwah di rumah (F) pukul 3 petang.


    3 PM


    Selesai bertemu dgn rakan aunty saz..
    aunty saz menjemput arwah di rumah (F) dan membawa arwah balik ke rumah terus, masa tersebut beliau melihat mata arwah dah merah macam baru lepas nangis. Tapi aunty saz tidak mahu bertanya. Bila balik ke rumah arwah terus senyap, bibik Indonesia aunty saz kata arwah minum air teguk macam orang terlalu haus, bibik pun heran, arwah tak pernah buat macam tu. Selepas arwah minum air, dia terus ke bilik dan bersama laptopnya.




    6.30 PM

    Arwah ada kelas piano pukul 6.30 pm, arwah pergi sendiri naik kereta. Arwah pass lesen kereta dalam bulan May.(arwah excited sebab pass). Mungkin Tuhan nak bagi kepuasan sebelum arwah meninggal. Arwah sempat bawa kereta ke sekolah bersama adiknya Muiz. Tapi Muiz kata, arwah bawa kereta pun tak berasa selesa. Ya la kan, bila nak meninggal, kaki kita jadi lemah. Driving kan perlu kaki untuk bergerak.


    MALAM


    Malam tersebut pun ibu arwah serba tak kena.. resah sahaja.. papa arwah mengemas bilik arwah, pecah gelas di tangan... bila ditegur papa arwah terus keluar, arwah tak pernah buat mcm tu.. kata org2 tua 'AJal Dah Memanggil' . Bila arwah keluar rumah, aunty saz dah terbayang tempat yg accident tu.. tempat tersebut mmg byk org accident dan tak pernah org survive..Jangan salah sangka arwah tidak baling gelas tersebut.. arwah tersigung alat-alat  mekap arwah sebelum arwah keluar dan alat-alat mekap terus jatuh berderai. Tidak tahu kenapa arwah tak nak share bilik dengan Ayesha adik arwah, selalunya arwah ok.. tapi hari tu berlainan sikit. Selama ni arwah sayang adik arwah..

    11 PM
    Bila arwah keluar lari dari taman rumah aunty saz, arwah berjumpa dengan kawannya iaitu, arwah Nur Hazwani masa arwah Hazwani beli burger di taman sebelah. Arwah Hazwani hubungi kawan yang ada motor bernama arwah Nur Ainaa Apiqah. Tujuan mereka naik motor tu untuk menghantar arwah ke rumah (F) dan tujuan mereka naik motor bertiga ialah sebab bila dah hantar arwah Yasmin, mereka balik berdua, so tak la takut sangat. Kan dah dekat pukul 12. Jalan nak ke rumah (F) tu agak sunyi. mungkin ralat sikit sebab tak pakai helmet. Tapi kalau ada helmet pun, tengok cara kematian, memang tak ada yang boleh survive.

    Masa yang berlaku tu sekelip mata, sambil menunggu arwah pulang, masa tersebut juga aunty saz merasa yakin arwah balik ke rumah.  Aunty saz tertidur ketika menanti kepulangan arwah. 


    11.50 PM

    Aunty saz tiba2 tersedar terus buka mata, mata terus terpandang jam 11.50..
    Arwah meninggal dunia jam 11.50.. Aunty saz merasa yakin arwah meninggal masa tersebut kerana jam di tangan arwah mati ketika kejadian tersebut .HP arwah pecah. Ada orang bagi Sim kad arwah dekat aunty saz. Tapi sampai sekarang beliau tak pernah buka simkad tu kalau beliau buka, beliau mesti cerita apa yg berlaku. Mesej apa yg ada.aunty saz tak nak buka, sebab takut aunty saz sedih,'' anak aunty saz dah takder, tak ada apa yg aunty boleh ganti ''
    Masa aunty saz menerima berita accident, beliau menjerit sehingga 'lemah lutut' , tetapi beliau masih waras, cuma papa arwah terlampau ' sedih '. Aunty saz tidak pergi tengok mayat di hospital sebab aunty saz takut .Takut tak kuat menerima kepergiannya..Aunty saz cuma tunggu di masjid untuk mayat dimandikan. Masa tu la aunty saz nampak arwah buat kali terakhir. Di masjid orang terlalu ramai sehingga Pak Imam kata " arwah meninggal ni yg paling ramai dan tak pernah dilihat"
    Dah rezeki arwah.. semua saudara mara aunty saz datang dari selangor/kl sempat jumpa arwah.. aunty saz tidak merasa ralat sangat sebab tak ada siapa yang terkilan tak tengok mayat arwah.

    Sesungguhnya Allah lebih sayangkan arwah Yasmin. Arwah seorang yang berhati mulia. Kemalangan ngeri yang menimpa arwah baik dijadikan pengajaran dan peringatan untuk kita semua. Banyakkan sedekah al-Fatihah kepada arwah :')

    Sumber : 
    Lawat blog arwah kat sini











    PROFILE biases AFFIES stuff contacts home